19 Jan 2015

Assalamualaikum

Sukacita dimaklumkan kami sedia menerima tempahan telekung, jubah, baju kurung , tudung dll secara pukal. Jahitan inshaaAllah tip top. Kepuasan pelanggan kami utamakan.

Hubungi segera 019 2626436 untuk membuat tempahan.



13 Oct 2014

Pengumuman - Pertukaran nama baru.kepada Telekung Nour Sufy

Assalamualikum para pengunjung semua.

Di maklumkan telekung Raudhah telah menukar nama kepada Telekung Nour Sufy. Sila ke fb : Telekung Nour Sufy untuk membuat tempahan dan melihat telekung yang terkini. Atau pun whatsapp 019 -2626436. Blog ini  jarang di update kerana kesuntukan masa. Harap maklum . Sekian . Terima kasih.

20 Nov 2013

Terima Kunjungan

20 Nov 2013. Jam 2 petang. Lawatan tenaga pengajar dari Kolej Vokasional Dato' Undang Hj Sharif Rembau N9, ke premis kami di Changlun, Kedah. 

Peserta lawatan sempat melihat demo dr Pn Ina menjahit baju kurung yang mampu di siapkan dalam masa 1 jam sahaja. Demo ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik yang cepat untuk menjahit baju kurung terutamanya untuk menjahit dalam kuantiti yang banyak. Insya Allah ilmu ini akan di ajarkan pula kepada pelajar2 kolej kelak.

Terima kasih atas kunjungan kalian, semoga pertemuan ini, menjadi langkah permulaan untuk kita mengikat tali persahabatan dalam perniagaan.

Ramai yang kecewa  kerana tidak dapat membawa pulang telekung sebagai tanda kenangan kerana pihak kami tiada stok yang mencukupi. Maaf ye ...Walau bagaimanapun masih boleh buat pre order. Dah ada pun yang sudi menjadi agennya. Semoga ia terus berpanjangan. Insya Allah.







4 Nov 2013

Jemput ke FB

Sila ke facebook Telekung Raudhah untuk melihat gambar telekung terkini. Sudi2 kan 'LIKE' fanpage TELEKUNG RAUDHAH.

Jika ada yang berhajat untuk membeli telekung untuk tujuan sedekah / wakaf dan memerlukan telekung yang agak lebih murah, kami sedia berunding. Hubungi 019-2626436.

10 Sept 2013

Coming soon ! NOTA JAHITAN TELEKUNG

Berita baik kepada yang berminat untuk menjahit telekung sendiri. Kami bakal mengeluarkan NOTA JAHITAN TELEKUNG . Nantikan kemunculannya tidak lama lagi.  

26 Aug 2013

TELEKUNG HAJJAH RAUDHAH

TELEKUNG HAJJAH RAUDHAH ( telekung sahaja tanpa kain)

Sempena musim haji tahun 2013, kami memperkenalkan telekung Hajjah Raudhah. Masih menggunakan metarial jersey tetapi yang lebih nipis , lembut dan sejuk.

Terdapat dalam saiz M, L dan XL. Labuh 43 inci.

Design di kepala berbeza sedikit dengan telekung sebelum ini. ( Lihat gambo ye... tiada renda di dahi, lebih ringkas, tapi still cantik dengan kedut getah berombak-ombak)

Istimewanya telekung ini

1. Fully lining sampai ke renda
2. Material nipis tapi tak jarang , tidak menampakkan bayang lengan sekali pun memakai lengan pendek ketika solat.
3.Material juga sejuk sesuai dengan cuaca di Tanah Suci.
4. Tidak 'makan ruang' di dalam beg bakal hajjah, boleh isi banyak helai untuk memudahkan kerja2 haji di sana nanti.

* perlu buat tempahan awal

HARGA: RM62 Sehelai



RSS

Followers

Search This Blog