20 Nov 2013

Terima Kunjungan

20 Nov 2013. Jam 2 petang. Lawatan tenaga pengajar dari Kolej Vokasional Dato' Undang Hj Sharif Rembau N9, ke premis kami di Changlun, Kedah. 

Peserta lawatan sempat melihat demo dr Pn Ina menjahit baju kurung yang mampu di siapkan dalam masa 1 jam sahaja. Demo ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik yang cepat untuk menjahit baju kurung terutamanya untuk menjahit dalam kuantiti yang banyak. Insya Allah ilmu ini akan di ajarkan pula kepada pelajar2 kolej kelak.

Terima kasih atas kunjungan kalian, semoga pertemuan ini, menjadi langkah permulaan untuk kita mengikat tali persahabatan dalam perniagaan.

Ramai yang kecewa  kerana tidak dapat membawa pulang telekung sebagai tanda kenangan kerana pihak kami tiada stok yang mencukupi. Maaf ye ...Walau bagaimanapun masih boleh buat pre order. Dah ada pun yang sudi menjadi agennya. Semoga ia terus berpanjangan. Insya Allah.







No comments:

Post a Comment

RSS

Followers

Search This Blog