7 Oct 2012

Telekung Kanak - Kanak






Ciri-ciri telekung Kanak-kanak

              Material dari kain jersey putih gred terbaik yang lembut, tebal, sedap di pakai dan serap peluh.
  
             Awning/ lapik dahi bergetah ,tidak perlu pakai anak telekung dan simple. Rekaan begini memberikan keselesaan  ketika bersujud. Dahi akan rapat ke sejadah kerana  ia tidak dijahit dengan meletakkan renda yang berlapis-lapis.    

             Dua lapis (lining) sehingga 4 in dari bawah dagu.

              Lapik dagu penuh dari telinga hingga bawah dagu.

             Sambungan jahitan antara awning dan lapik dagu yang unik, menjadikan telekung betul-betul masuk dan melekap di muka. Tiada masalah anak rambut terkeluar. Juga ia akan betul-betul fit dengan kepala si pemakai , maka tiada masalah dibahagian telinga yang kembang lagi.

           Hiasan yang minima, hanya ada kain renda sulam ( corak mungkin berbeza bergantung kepada stok pembekal) di awning dan renda cotton putih (corak mungkin berbeza bergantung kepada stok pembekal) saiz 2 - 3 inci di hujung telekung.

                 Gunakan getah sebagai pengikat di bahagian kepala.

           Kain sarung bergetah dan ada jahitan renda putih 2 – 3 inci di hujung kain sarung

Ukuran telekung kanak-kanak

Kami keluarkan telekung kanak-kanak dalam 2 tahap iaitu Tahap 1 dan 2.



Labuh Depan (in)
Labuh Belakang (in)
Lebar kain (in)
Labuh kain (in)
Lilit muka (in)
Tahap 1
35
37
21
33
16.5 -17
Tahap 2
38
40
25
38
17.5 -18

No comments:

Post a Comment

RSS

Followers

Search This Blog